Wednesday, 7 September 2016

Tips dan bajet ke Jepun

Percutian ke Jepun ni kami try buat sebajet dan seselesa yg mungkin kat sini saya nak share bajet saya ke Jepun. Bagi saya bajet dah ok kot untuk percutian 8 hari 7 malam bagi kami sekeluarga. Sebab travel dengan budak kecik tak boleh nak backpackers sangat. Hehehe.. Kalau bujang dan muda remaja mungkin boleh buat bajet bawah 2k/person.

 
Tiket kapal terbang
Kitaorg beli masa matta fair sep 2015..murah la kot..maybe ada kot yg murah lagi. Total tiket flight utk 3 org RM4300 termasuk (makan,hot seat, luggage,insurance). Kami request bassinet utk baby. So, baby boleh lah tido dekat situ.
 
Penginapan
Satu malam kami menginap di hotel Toyoko-inn Haneda Airport. Sebab kami touch down kat Haneda malam.  Tak biasa lagi kan dengan selok-belok Jepun, so kami decide untuk tido kat Toyoko-Inn Haneda. Hotel ni ada free shuttle bus dari airport. Tak payah nak susah2 pikir. Hehehe…Kalau takde baby bolehla tido kat airport je. Banyak port yang selesa untuk tido. Hotel n kami booking guna website  Japanican.com. Harga semalam dalam RM350. Bilik biasala standard Jepun kecik. Tapi muatla untuk kami sekeluarga.



 
Untuk 6 malam seterusnya kami duduk kat Airbnb area Meidamae. Rumah dia ok..tak payah naik tangga. Ada kedai2 ala2 Family Mart kat area rumah ni. Stesen keretapi pun dekat. Rumah ni ada menyediakan dapur, microwave, mesin basuh, heater. Harga pun murah. Untuk 6 malam kami bayar lebih kurang RM1300. Murahkan… Kami booking melalui website Airbnb. 2 bulan sebelum ke Jepun. Owner Airbnb ni Haruna. Dia ok, siap bagi detail direction nak pegi rumah dia. Confirm tak sesat. So total untuk penginapan RM1650. 


Pengangkutan


Seperti biasa kami menggunakan pengangkutan awam sepanjang berada di Jepun. Samaada train, bas, ataupun jalan kaki. Antara pas yang kami gunakan, ialah Kanto Pass (JR Tokyo Pass untuk 3 hari). Pasmo Card (untuk 2 org dewasa), untuk kanak2 kami beli tiket kat mesin je, lagi jimat. Sebab tiket kanak2 half price dari tiket dewasa.  


Tiket Train Kanto Pass - 25,000 yen (2 dewasa seorg kanak-kanak
Limousine Bus Airport – 6,160 yen (2 dewasa seorg kanak-kanak)
Pasmo Card – 8,000 yen (2 dewasa)

Bus Mount Fuji – 10,520 yen(2 dewasa 2 kanak-kanak)
Tiket train kanak2- 4,000 yen

Total 53,680 yen @ RM1,924
Kalau nak jimat lagi, gunakan Kanto Pass pegi Mount Fuji sebab Kanto Pass ni macam JR Pass tapi untuk 3 hari sahaja. Nak lebih tau lebih details sila ke Website http://www.jreast.co.jp/e/tokyowidepass/ . Yang paling best pasal pass ni boleh naik Shinkansen pegi Gala Yuzawa. Merasala naik bullet train 2 tingkat. Hehehe..

Kalau pasal train kat Jepun ni mmg tak boleh nak hafal route dia. Tapi jangan risau. Apps kan banyak. Kami banyak guna apps hyperdia and Tokyo Rail Map. Insha Allah Selamat…





 
Bagi yang bawak stroller, takde masalah. Lif disediakan. Tapi bersedia jgkla nak mengangkut stroller naik tangga. Disebabkan masa kitaorg pegi tu musim sejuk takdela penat sangat. Sebab sejukkan..Macam besttt je la…

Makanan, Cenderahati, Tiket Lawatan dan Lain2
 
Untuk bajet makanan, kami lebih banyak masak sendiri. Tapi sekali sekala ada  jugak makan kat luar. Makanan halal banyak kat area Asakusa. Silalah install Halal Gourmet Japan..Banyak membantu...Total bajet makanan  dalam RM1000. Campur beli Brahims kat Malaysia. Souvenir dan membeli barang kami belanja dalam RM2000. Dapatla beli cenderahati untuk family kat Malaysia.Untuk perbelanjaan Tiket Disneyland, Gyoen Park ngan Locker Gala Yuzawa total ialah RM800. Bolehla dirumuskan disini total perbelanjaan :

Tiket Flight : RM4500
Penginapan : RM1650
Makanan :RM 1000
Tiket Lawatan :RM800
Pengangkutan : RM1924
Souvenir dll : RM2000
Total perbelanjaan : RM11,874 senang kira macam 12K untuk kami sekeluarga.
Kalau ikutkan macam RM4K ++ la per person baby tak payah kira. Ok ke?
Tukaran wang masa ni RM= 36.68 yen , kami tukar siap-siap kat Malaysia.

Okla..ini je kot yang saya rasa nak share. Kalau ada apa2 nk tanya bolehla tanya or email asajekil0906@gmail.com. Babaii...Arigato Gozaimaz...Hait..


 

 



       

       

    


   
 
 
 
 
 
 
 

  



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 

Tokyo Kami Datang (Part 4)


Day 7 (25032016) (Asakusa Nakamise-Shinjuku Gyoen National Garden)

Sebab tak jadi pergi Mount Fuji, hari ni kena pi beli souvenir..Souvenir kami beli kat nakamise street je Asakusa.. Kat area situ ada kedai halal yang sediakan tempat solat..Sekai Café namanyer..mmg kat lorong area Nakamise Street..
Kami jugak dapatla tengok Sakura kat Shinjuku Gyeon National Park. Nasib baik ada jugak pokok yang dah full bloom. Kalau tunggu dua tiga hari lagi dapat tengok banyak lagi pokok.. Takpela.. dapat jugak merasa hanami kecil-kecilan. Okla enjoy the gambar je la ye..









Tuesday, 6 September 2016

Tokyo Kami Datang (Part 3)

Day 5 (23032016)
Pagi ni cuaca ok. Tak hujan..Kami plan untuk ke Disneyland. Arissa tak sabar la tu. Lepas masak breakfast and bekal kami pun gerak ke Disneyland. Perjalanan ke Disneyland ni mengambil masa lebih kurang satu jam dari Tokyo. Sampai je Disneyland, rezeki datang bergolek..ada remaja perempuan ni dari Malaysia nak jual tiket dia murah sebab kawan2 dia tak sampai lagi. Mula2 takut gak kena scam. Tapi dia tunggu sampai kitaorg masuk, so okla kan. Dah jimat..Ramainyer la orang kat Disneyland. Nak amik gambar dengan Mickey Mouse pun dekat satu jam. Tapi sebab dah sampai, harusla amik gambar dengan Cik Mickey. Nak naik permainan pun beratur panjang. Jadi kami main je la boat. Arissa sibuk amik gambar dengan Snow White, Donald Duck. Happy betul dia. Kitaorg beli poskad nak pos ke Malaysia. Sebagai kenang-kenangan..Lebih kurang pukul satu petang parade, enjoyla.. Kitaorg tunggu sampai malam, ada parade lagi, electrical parade.. Tak larat nak tunggu sampai bunga api, sebab sejuk sangat..Baby dh sejuk beku..hehehe..Dalam pukul lapan malam kami balik…Esok jalan lagi…

 


 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, 5 September 2016

Tokyo Kami Datang (Part 2)


Day 4 (22032016)


Hari ni kami nak jalan – jalan ke Asakusa. Orang kata souvenir kat sini murah. Biasala kalau travel bawak budak kecik ni memang kena ikut time diaorgla. So, kami keluar rumah lepas zohor. Dalam pukul 11 dah Zohor. Lepas tu terus gerak ke Asakusa.  Sampai Asakusa ramai gak orang. So kitaorg pegi la jenjalan kat Sensoji Temple. Survey2 dulu harga souvenir kat situ. Harga boleh tahanla. Jepun kan mmg mahal. Tak jumpa la t-shirt RM10 kat sana. Hehehe.. Survey kata kat area Asakusa ni banyak restoran Halal. Kami pun jalan-jalan la berpandukan Google Map nak carik restoran Halal. Kitaorg ada 2  pocket Wifi. Satu memang Airbnb yang sediakan and lagi satu, sewa dari Malaysia.

Lepas pusing2 …jumpa la kedai Sushi Halal yang diiktiraf oleh Halal Jepun. Pakai apps Halal Gourmet Japan . Nama kedai ni Sushi Ken. Ada tempat solat kat sini.
Harga sushi kat sini memang mengaumla... Hahahaha...Alang2 dah sampai Jepun harusla makan Sushi...

 










Tokyo Kami Datang (Part 1)

Kami sekeluarga telah pergi ke Jepun selama 8 hari 7 malam. Akhirnya tercapai jugak hasrat ke Jepun.. Syukur.. Alhamdullillah..Kami beli tiket masa bulan September 2015..Peginya bulan Mac 2016. So, kami nak share la sikit pengalaman travel sekeluarga bersama budak kecik setahun 3 bulan dan kakak nyer..:)

Day 1 (19032016)




Sampai di Aiport Haneda lebih kurang pukul 9.00 malam. Bermalam di Toyoko-inn Haneda sebab ada bas aiport transfer. Rasa2nyer last pukul 11.00 malam kot. Boleh check dekat web site.



Day 2 (20032016)

Morning Jepun…macam tak sangka dah sampai bumi matahari terbit ni… Alhamdulillah..boleh bawak family sekali..Pagi tu check out hotel toyoko inn..naik bus hotel ke airport haneda semula..sebab nak ambil bus limousine airport..yelaa..byk bawak barangkan.. stroller lagi..kalau pegi berdua bolehla backpack je naik train..hehehe…Kat airport, beli tiket limousine bus ke shibuya.  Kitaorg beli sekali JR Tokyo Pass untuk 3 hari yang boleh guna untuk 3 hari. JR Pass ni nak guna jugak untuk pegi Gala Yuzawa . Boleh naik Shinkansen. Naik bas pi Shibuya. Bas berhenti kat shibuya. Tak ingat dah apa nama shopping kompleks tu. Jalan2 area Shibuya sebab nak check in Airbnb dlm pukul 4.00 petang. Amik train dari Shibuya ke Meidamae. Kitaorg dah booking Airbnb untuk 7hari 6 malam kat Airbnb ni. Ok la bilik dia..Murah pun murah..Ada mesin basuh, dapur, peti ais dll. Boleh la tengok kat website Airbnb.


Day 3 (21032016) Tokyo Station-Gala Yuzawa- Shibuya Crossing

Hari nie misi mencari Salji. Lepas tengok Website Accuweather, hari ni maybe ada snowfall kat Gala Yuzawa. Dah sarapan nasik lemak dan bawak bekal nasik goreng , gerak dalam kul 8 lebih ke Tokyo Station untuk naik Shinkansen ke Gala Yuzawa. Dalam satu jam setengah sampai ke Gala Yuzawa. Hari ni boleh pakai Tokyo JR pass. Pass ni siap pakej sewa boot, slide, sarung tangan ngan gondola naik ke atas gunung ke bukit ntah. Sampai je kat atas. Ada snowfall..Alhamdulillah.. Speechless..Merasa la kitaorang main salji ngan snowfall..Arissa la paling excited sekali..Seronok sangat sampai ais masuk dalam kasut..Hahaha..dah main2 dalam satu jam lebih  macam tu..sumer dah sejuk..kami pun turun..makan bekal yang kitaorg bawak..dalam pukul 3 lebih gerak balik ke Tokyo. Ramaila pulak yang nak balik Tokyo. Sepatutnya masa sampai tadi booking siap2 seat balik. So, kena beraturla unreserved seat. Nasib baik dapat seat atas. Shinkansen ni 2 tingkat ye..






Sampai kat Tokyo hari dah nak malam. Dalam pukul 5.00 lebih dah gelap. Keluar je dari train stesyen  nampak Shibuya Crossing. Apa lagi melintas la kitaorang banyak2 kali. Excited giler. Hahaha…Dah puas melintas , perut dah lapar..kitaorg nak cari restoran Halal. Jumpa la org Malaysia ni, tanya kat diaorg, carik punya carik..Jumpala kedai Turki ni.. Kecik gila kot.. Makan la kat situ..Lepas makan pi Starbuck beli tumbler and tengok performance remaja kat Tokyo..Hari pun dah malam, semua org dh penat, balik rumah tido..Esok  nak jalan lagi. Nanti kita sambung Part 2 ye..