Wednesday, 7 September 2016

Tips dan bajet ke Jepun

Percutian ke Jepun ni kami try buat sebajet dan seselesa yg mungkin kat sini saya nak share bajet saya ke Jepun. Bagi saya bajet dah ok kot untuk percutian 8 hari 7 malam bagi kami sekeluarga. Sebab travel dengan budak kecik tak boleh nak backpackers sangat. Hehehe.. Kalau bujang dan muda remaja mungkin boleh buat bajet bawah 2k/person.

 
Tiket kapal terbang
Kitaorg beli masa matta fair sep 2015..murah la kot..maybe ada kot yg murah lagi. Total tiket flight utk 3 org RM4300 termasuk (makan,hot seat, luggage,insurance). Kami request bassinet utk baby. So, baby boleh lah tido dekat situ.
 
Penginapan
Satu malam kami menginap di hotel Toyoko-inn Haneda Airport. Sebab kami touch down kat Haneda malam.  Tak biasa lagi kan dengan selok-belok Jepun, so kami decide untuk tido kat Toyoko-Inn Haneda. Hotel ni ada free shuttle bus dari airport. Tak payah nak susah2 pikir. Hehehe…Kalau takde baby bolehla tido kat airport je. Banyak port yang selesa untuk tido. Hotel n kami booking guna website  Japanican.com. Harga semalam dalam RM350. Bilik biasala standard Jepun kecik. Tapi muatla untuk kami sekeluarga.



 
Untuk 6 malam seterusnya kami duduk kat Airbnb area Meidamae. Rumah dia ok..tak payah naik tangga. Ada kedai2 ala2 Family Mart kat area rumah ni. Stesen keretapi pun dekat. Rumah ni ada menyediakan dapur, microwave, mesin basuh, heater. Harga pun murah. Untuk 6 malam kami bayar lebih kurang RM1300. Murahkan… Kami booking melalui website Airbnb. 2 bulan sebelum ke Jepun. Owner Airbnb ni Haruna. Dia ok, siap bagi detail direction nak pegi rumah dia. Confirm tak sesat. So total untuk penginapan RM1650. 


Pengangkutan


Seperti biasa kami menggunakan pengangkutan awam sepanjang berada di Jepun. Samaada train, bas, ataupun jalan kaki. Antara pas yang kami gunakan, ialah Kanto Pass (JR Tokyo Pass untuk 3 hari). Pasmo Card (untuk 2 org dewasa), untuk kanak2 kami beli tiket kat mesin je, lagi jimat. Sebab tiket kanak2 half price dari tiket dewasa.  


Tiket Train Kanto Pass - 25,000 yen (2 dewasa seorg kanak-kanak
Limousine Bus Airport – 6,160 yen (2 dewasa seorg kanak-kanak)
Pasmo Card – 8,000 yen (2 dewasa)

Bus Mount Fuji – 10,520 yen(2 dewasa 2 kanak-kanak)
Tiket train kanak2- 4,000 yen

Total 53,680 yen @ RM1,924
Kalau nak jimat lagi, gunakan Kanto Pass pegi Mount Fuji sebab Kanto Pass ni macam JR Pass tapi untuk 3 hari sahaja. Nak lebih tau lebih details sila ke Website http://www.jreast.co.jp/e/tokyowidepass/ . Yang paling best pasal pass ni boleh naik Shinkansen pegi Gala Yuzawa. Merasala naik bullet train 2 tingkat. Hehehe..

Kalau pasal train kat Jepun ni mmg tak boleh nak hafal route dia. Tapi jangan risau. Apps kan banyak. Kami banyak guna apps hyperdia and Tokyo Rail Map. Insha Allah Selamat…





 
Bagi yang bawak stroller, takde masalah. Lif disediakan. Tapi bersedia jgkla nak mengangkut stroller naik tangga. Disebabkan masa kitaorg pegi tu musim sejuk takdela penat sangat. Sebab sejukkan..Macam besttt je la…

Makanan, Cenderahati, Tiket Lawatan dan Lain2
 
Untuk bajet makanan, kami lebih banyak masak sendiri. Tapi sekali sekala ada  jugak makan kat luar. Makanan halal banyak kat area Asakusa. Silalah install Halal Gourmet Japan..Banyak membantu...Total bajet makanan  dalam RM1000. Campur beli Brahims kat Malaysia. Souvenir dan membeli barang kami belanja dalam RM2000. Dapatla beli cenderahati untuk family kat Malaysia.Untuk perbelanjaan Tiket Disneyland, Gyoen Park ngan Locker Gala Yuzawa total ialah RM800. Bolehla dirumuskan disini total perbelanjaan :

Tiket Flight : RM4500
Penginapan : RM1650
Makanan :RM 1000
Tiket Lawatan :RM800
Pengangkutan : RM1924
Souvenir dll : RM2000
Total perbelanjaan : RM11,874 senang kira macam 12K untuk kami sekeluarga.
Kalau ikutkan macam RM4K ++ la per person baby tak payah kira. Ok ke?
Tukaran wang masa ni RM= 36.68 yen , kami tukar siap-siap kat Malaysia.

Okla..ini je kot yang saya rasa nak share. Kalau ada apa2 nk tanya bolehla tanya or email asajekil0906@gmail.com. Babaii...Arigato Gozaimaz...Hait..


 

 



       

       

    


   
 
 
 
 
 
 
 

  



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 

3 comments:

  1. Terima kasih sudi singgah blog sy. Btw good job review bab costing. More update plzz

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi singgah blog sy. Btw good job review bab costing. More update plzz

    ReplyDelete
  3. Tq sudi singgah ke blog ni..baru 1st time tulis blog..nanti sy update lagi..😊😊

    ReplyDelete